Thursday 13 October 2011

[Panggil_Aku_Melaju1.JPG]

setelah banyak novel yang cik ayu cari tuk dijadikan research akhirnya terjumpa novel ni...sesuailah dengan research mengenai bidang psikoanalisis..novel ni mengenai orang sakit mental n jiwa...nasib baik pr0f bg pinjam...tq Pr0f...

"lalu hang nak panggil apa?"
"panggil aku MELAJU."
"melaju? bangsa apa tu?"
"melaju bangsa yang maju. kerana bangsa melayu yang ingin maju,mereka tidak boleh panggil diri mereka melayu. melaju tidak boleh layu.dan, bangsa melaju jangan mahu lagi dipanggil melayu."


novel yang sarat dengan sejarah, trhiller, fakta dan segala bagai perkara yang boleh wat kite sedar sebagai seorang melayu..Panggil aku Melaju - novel tulisan Rahmat Haroun Hashim yang juga merupakan seorang Dr..Novel ni secara ringkasnya menceritakan sejarah bagaimana kehidupan Melayu pada masa lampau dan menceritakan kisah kehidupan di Institut Mental Negara. Mr X ataupun Dr. Ridzuan ataupun Pengkhayal merupakan ahli arkeologi yang mengkaji perkara-perkara tentang kewujudan bangsanya sendiri. Sejarah Melayu digarap penulis dengan naratifnya yang tersendiri, menceritakan asal usul bahasa Melayu, perkataan-perkataan melayu dan sebagai contoh perkataan "makan" yang muncul daripada perkataan "ma" ( ataupun emak ) dan "kan" yang hadir daripada bunyi lelangit bersentuhan dengan leidah apabila gigi terkatup..kemudian novel ni turut memerihalkan isu Bahasa Melayu yang semakin pupus penggunaannya dan Isu PPSMI turut dibahaskan dengan penceritaan penulis sendiri. Penulis turut menyedarkan pembaca mengenai keadaan bangsanya yang hanya tahu menggunakan dan bukannya mencipta sehinggakan penulis menyatakan hanya beberapa perkataan sahaja yang datangya asal dari bangsa Melayu dan apa yang menarik, perkataan yang dicipta oleh bangsa Melayu boleh dikira dengan jari sahaja! Asal-usul dan makna disebalik perkataan MELAYU turut diceritakan, dan penulis berpendapat perkataan MELAJU adalah lebih sesuai untuk menggantikan perkataan MELAYU itu.Penulis sertakan dalil-dalil yang boleh diterima akal mengapa perkataan MELAYU itu harus diubah





No comments:

Post a Comment