Thursday 13 October 2011

novel WO AI NI ALLAH (Kisah Para Pencari Tuhan)





Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.

Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.

Wo Ai Ni, Allah… aku cinta Allah… tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya. 



Memaparkan kisah yang sangat mengharukan, mendebarkan, dan sekaligus mengubah kesedaran spiritual dalam diri manusia yang lemah dalam mencari  tuhan.  Sebuah novel inspiratif yang akan memberikan warna yang tersendiri melalui perjuangan peneguhan iman di hati setiap kita. Wo Ai Ni Allah mengisahkan Christine Sita Dewi membesar dalam keluarga yang menganut agama Kristian dan Hindu.  Akibatnya dia menghadapi konflik jiwa yang amat menekan.  Pergolakan jiwanya yang semakin parah tidak dapat dibendung oleh seorang Hindu, Kristian atau ateis.  Akhirnya, dia menemui jalan keluar apabila menemui Islam.
  
        Dalam Wo Ai Ni Allah ini, pengarang telah Berjaya mengeksploit perwatakan wataknya.  Pengarang telah memperlihatkan bakatnya untuk menerokai beberapa aspek diri watak utama, terutama apabila menghadapi keyakinan terhadap agama.  Sesungguhnya, pengarang novel Wo Ai Ni Allah berjaya meninggalkan kesan-kesan  pengalaman tentang keyakinan terhadap agama, kepada watak utamanya iaitu Christine Sita Dewi.



No comments:

Post a Comment